Kepada sesiapa yang berkenaan,
Pada 26March2009, 12:15am, saya balik lewat daripada luar kampus disebabkan saya memerlukan internet untuk menghabiskan tugasan saya. Apabila saya memasuki kawalan keselamatan, pengawal yang bertugas yang saya tidak tahu namanya menghentikan saya dan mengarahkan saya untuk scankan matrik card saya.
Ketika saya menunggu untuk sampai giliran saya, saya ternampak dia melepaskan beberapa pelajar Antarabangsa tanpa perlu scan matrik cardnya. Saya pun pergi ke depan dan Tanya dia kenapa mereka tidak perlu scan matrik card? Dia tanya saya adakah saya pelajar Antarabangsa? Saya kata bukan dan dia arahkan saya pergi scan matrik card dan saya pun pergi scan matrik card saya.
Di kaunter tersebut, saya pun tanya pengawai bertugas di pondok pada malam tersebut adakah UTM keluarkan notis bahawa pelajar Antarabangsa boleh balik lewat? Dan pegawai yang bertugas dalam pondok tersebut menjelaskan kepada saya dengan baik kenapa pelajar Antarabangsa tidak discankan. Saya puas hati dengan perangan pegawai tersebut kerana dia cuba menjelaskan apa yang terjadi dan apa boleh saya buat.
Dan tiba-tiba, pengawal keselamatan yang bertugas di jalan tadi datang dan bercakap KUAT KUAT dengan pagawai yang bertugas dalam pondok, dia kata, scan saja la, dia bukan pelajar antarabangsa, nak balik lewat jadi pelajar antarabangsa la…apa pakai kerata….bla bla bla…saya terkejut dengan cara percakapannya dan saya pun terus balik ke kenderaan saya kerana saya takut dia tidak dapat mengawal emosinya.
Pertama: Saya cuba tanya mengenai kenapa pelajar antarabangsa tidak perlu discan dan kenapa ini pun akan menyingkung perasaan pegawai tersebut. Adakah saya sebagai pelajar dan pelanggan UTM tidak berhak mengetahui mengenai undang-undang yang ditetapkan?
Kedua: Kenapa seorang pegawai yang bertanggungjawab menjaga keselamatan tidak dapat mengawal emosi dan suka marah-marah pelajar/pelanggannya sahaja? Sedia maklum, setiap semester kita membayar untuk perkhidmatan keselamatan dan kenapa kita perlu bayar untuk dimarahnya?
Ketiga: Adakah pegawai keselamatan yang bermoody berhak menjaga keselamatan pelajar? Emosi saya terganggu disebabkan percakapnya yang kuat kuat. Adakah cakap dengan kuat sahaja sudah menetapkan semuanya? Dan juga percakapannya menunjukkan dia ada motif yang tidak baik terhadap saya. Inikah perangai yang sepatut ada pada pegawai keselamatan?
Keempat: Saya balik lewat dan saya tahu saya salah dan saya rela untuk scan matrik card saya. Tetapi saya rasa tidak adil kenapa saya kena scan matrik card saya tetapi sesetengah dilepaskan? Saya tidak puas hati punlah saya menanya sebab-sebab sahaja. Adakah saya tidak berhak membuat sebegitu?
Diharaplah pihak kuasa dapatlah meninjau terhadap masalah tersebut. Pegawal keselamatan itulah orang yang menjaga keselamatan kita.
2 comments:
haha..nice post ^^
suppot u..
haiz..tis is m'sia uni lol...
many of my china friends oso say tat they all come bac no nid 2 scan matrik card de.....i oso wonder tat does they hv any special treat then us?? bt..tis d fact...u can't change anythings de...@@
Post a Comment